CINTA SEJATI SEHINGGA AKHIR HAYAT.. Kisah Lelaki Tua Membeli Cincin Berlian Kepada Isterinya Dengan Wang Kertas Kecil Yang Banyak.



Gambar seorang lelaki tua yang berusia linkungan 80 tahun menghadiahkan cincin berlian kepada isterinya yang seusia dengannya menjadi viral di laman sosial. 

Kakitangan di kedai barang kemas di mana gambar itu diambil menyatakan pasangan berumur itu telah melawat kedai mereka pada tengah hari semalam. Lelaki itu kemudiannya bertanyakan cincin berlian dengan harga yang 'berpatutan'.

Jurujual mengsyorkan sebentuk cincin berlian yang dijual pada harga diskaun. Lelaki tua itu kemudiannya menyarungkan cicin ke jari isterinya. Selepas mencuba dan berpuashati dengan cincin tersebut, lelaki tua itu kemudiannya membayar harga cincin tersebut dengan segulung wang kertas not kecil yang banyak. Mereka percaya wang kertas itu ada hasil penjimatan keseluruhan hidupnya. Beliau menyebut bahawa beliau mahu membuat isterinya gembira selepas sepanjang hayat mereka berjuang menjalani kehidupan yang susah. "Kami menjalani hidup yang sukar kerana kemiskinan. Saya hanya berharap untuk membuatkan isteri saya gembira, "katanya kepada kakitangan.

Gambar tersebut yang dikongsikan di laman sosial di China ternyata menyentuh hati ramai pengguna. Ramai yang memberi komen bahawa gambar itu menyentuh hati mereka sehingga menitis air mata mereka. "Ini adalah cinta sejati," "Ini adalah perkara yang paling romantis yang pernah berlaku di tempat saya Korla. Saya ingin mereka kehidupan yang lebih baik! "




Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "CINTA SEJATI SEHINGGA AKHIR HAYAT.. Kisah Lelaki Tua Membeli Cincin Berlian Kepada Isterinya Dengan Wang Kertas Kecil Yang Banyak."

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top