Remaja Hina Islam Dan Panggil Melayu Celaka





Kuala Lumpur – Seorang remaja yang dipercayai berketurunan India memuat naik status di laman sosial Facebook yang menghina agama Islam dan orang Melayu.



Melalui status yang dimuat naik di laman sosial Facebook, remaja tersebut dilihat melemparkan kata-kata kesat yang berbaur hasutan.



Pendedahan itu disiarkan portal Utaranews itu, mendakwa remaja yang berusia sekitar 20-an itu turut memuatnaik aksinya memegang parang sambil mendakwa dirinya merupakan ahli kongsi gelap 04.





Tinjauan SuaraTV untuk menjejaki status remaja yang mengelar dirinya Havoc Jaya itu bagaimanapun gagal kerana dipercayai telah dipadamkan dari laman sosialnya.



Menurut Setiausaha Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Muhsin Abdul Latheef tindakan remaja tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana cuba memecah belahkan keharmonian masyarakat kerana melibatkan isu-isu yang sensitif.



“Saya menggesa agar pihak polis segera melakuakn siasatan berhubung kenyataan biadap ini.



“Pertama dia secara terang-terangan mengaku sebagai ahli kongsi gelap dan kedua dia jelas menghina kesucian agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.



Menurut Mohsin, beliau akan meneliti isu ini dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang di masa hadapan.



Sementara itu Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Idris mengutuk keras perbuatan yang menyentuh sensitiviti agama dan orang Melayu.



“Saya mencabar bercakap di hadapan saya dan jangan jadi keyboard warrior sahaja” tegasnya.



Dia yang rasa tercabar dengan status itu meminta kerajaan dan pihak berkaitan bertindak dengan lebih tegas termasuk meminda Akta Hasutan, termasuk dikenakan hukuman sebat supaya kejadian sama tidak berulang.



Sehubungan itu, Irwan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat segera perbuatan remaja berkenaan.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Remaja Hina Islam Dan Panggil Melayu Celaka"

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top