LUAHAN MANGSA DIBELASAH MAT MOTOR.

Semenyih: Pemuda berusia 23 tahun lebam kedua-dua mata dibelasah sekumpulan `mat motor’ di sebuah restoran di Pelangi Semenyih 2, di sini, tengah malam tadi.

Mangsa yang berasal dari Taman Tasik Kesuma, dikatakan menegur beberapa penunggang lain di restoran berkenaan.

Sumber berkata, berang akibat teguran itu beberapa lelaki terbabit kemudian membelasah mangsa termasuk menyepak di bahagian mukanya.

"Mangsa parah di muka, cedera di kaki dan tangan selain mengalami pendarahan yang banyak," katanya.

Menurutnya, perkara dikesalkan adalah mangsa yang terlentang di jalan langsung tidak dipedulikan orang awam yang menyaksikan kejadian.

"Selang lima minit kemudian, datang seorang lelaki memapah mangsa ke dalam restoran dan memberinya minuman," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian menghubungi bapanya sebelum membawanya ke klinik berhampiran.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, ketika dihubungi pihaknya akan mengambil tindakan segera terhadap kejadian itu.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2015 @ 1:13 AM

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "LUAHAN MANGSA DIBELASAH MAT MOTOR. "

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top