Portal berita Kompas melaporkan, arahan tersebut dikeluarkan selepas pihak kementerian mendapati nahas pesawat QZ8501 mempunyai kaitan dengan pelanggaran waktu operasi oleh AirAsia Indonesia bagi laluan berkenaan.
Kementerian tersebut turut menambah, siasatan awal menunjukkan pesawat terbabit tidak dibenarkan melakukan penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada hari kejadian dan tidak meminta untuk menukar jadual penerbangan.
Dalam pada itu, Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo berkata, kesilapan itu jelas melanggar jadual dan permit laluan penerbangan yang diluluskan, sekali gus dipercayai menjadi punca nahas.
“Permit AirAsia untuk menggunakan laluan yang sama telah dibekukan sehingga siasatan selesai,” katanya.