Powered by Blogger.

Blog Archive

Akibat Dedah Bentuk Tubuh, Selebriti Ini Ditampar Peminat..

Akibat Dedah Bentuk Tubuh Selebriti Ini Ditampar Peminat

PELAKON dan model yang sedang meningkat naik di Bollywood, Gauhar Khan menerima padah akibat keseksian yang ditonjolkannya apabila ditampar oleh peminat ketika berlangsungnya rakaman siaran langsung sebuah program televisyen, Raw Star awal tahun ini.

Tampil atas pentas bagi mengacarakan program tersebut, Gauhar mengenakan pakaian yang agak seksi yang menampakkan paha gebunya. Tiba-tiba, seorang penonton lelaki menerpa ke arahnya lalu memberi satu tamparan tepat di pipinya.

Lelaki berkenaan yang berjaya ditangkap oleh pengawal keselamatan memberi alasan dia mempunyai sebab tertentu menampar selebriti itu.

Katanya, gadis yang pernah menyertai pertandingan ratu cantik itu terlalu seksi dan itu sesuatu yang melampau.



Rakaman siaran langsung itu terpaksa dihentikan buat seketika selepas Gauhar dibawa keluar oleh kru produksi sebelum lelaki tersebut bertindak lebih ganas.

Ketika dalam tahanan polis, penyerang tersebut memberitahu, Gauhar sebagai seorang yang beragama Islam tidak sepatutnya berpakaian seperti itu dan sewajarnya diberi pengajaran.

Lelaki itu ditahan beberapa hari atas dakwaan melakukan perbuatan yang memalukan Gauhar di hadapan 2,500 penonton di studio dan berjuta-juta lagi yang menyaksikannya di televisyen.

Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan selepas seharian ditahan di lokap atas jaminan polis sebelum dibicarakan.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Akibat Dedah Bentuk Tubuh, Selebriti Ini Ditampar Peminat.."

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top