Powered by Blogger.

Blog Archive

Golongan LGBT ‘beraksi’ di laman sosial, di mana silapnya?




KALAU dahulu, golongan berperilaku songsang atau lebih dikenali sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak berani menonjolkan diri. Dahulu, golongan ini sedar betapa perbuatan itu akan dikecam dan dihina oleh masyarakat.

Namun, kebelakangan ini, golongangan tersebut menunjukkan keberanian luar biasa. Sudah tiada istilah ‘sorok-sorok’ bagi mereka, malah berani menegakkan hak mereka untuk menjadi golongan yang diiktiraf. Bagi puak-puak songsang ini, ajaran agama bukan lagi menjadi batasan. Hak asasi mengatasi segala-galanya.

Inilah natijahnya apabila ada usaha-usaha pihak tertentu untuk mengiktiraf golongan songsang ini. Anda pasti menyedari mengenai usaha beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah pergerakan Comango untuk  ’membantu’ golongan tersebut. Lebih menyedihkan, pertubuhan itu disokong oleh parti-parti politik dengan ada pemimpinnya secara terbuka mengatakan desakan pergerakan itu “tidak membahayakan negara”.

Realitinya, LGBT merupakan antara penyebab beberapa buah negara dunia dihempap pelbagai masalah. Malah ada kawasan yang sudah pun dihancurkan dan kisah-kisah masyarakat songsang tersebut banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab Samawi, sama ada tulen mahupun yang telah diubahsuai.

Hanya golongan yang enggan menerima kenyataan bahawa mereka sebenarnya golongan terlaknat sahaja yang akan terus beralasan bahawa perbuatan mereka adalah suatu bentuk hak asasi manusia, walaupun sebenarnya mereka telah merampas hak asasi golongan majoriti yang bersifat normal.

Gambar yang anda lihat di atas, bukanlah gambar luar negara. Ia adalah perlakuan rakyat Malaysia, orang Melayu dan mengaku beragama Islam tetapi bernafsu songsang.

Ketika ramai hendak bercakap mengenai pertikaian halal atau haram produk coklat, bagaimana dengan amalan songsang ini? Adakah ianya sudah ada cop, logo dan telah distatuskan sebagai HALAL memandangkan sehingga sekarang, tidak ada satu pun operasi dilakukan untuk menghancurkan dan menghapuskan golongan ini?

Adakah hanya kerana segelintir pemimpin politik menyokong perbuatan songsang tersebut, maka semua yang terlibat dibenarkan wujud dan hidup di negara ini?

Sumber: newmalaysianpost.com
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Golongan LGBT ‘beraksi’ di laman sosial, di mana silapnya?"

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top