Powered by Blogger.

Blog Archive

9 Tahun Awie Guna Sijil Nikah Palsu

Bekas Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran Undang-Undang Keluarga di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Yusoff Abu Bakar memberitahu kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam yang surat nikah milik penyanyi Awie adalah dokumen palsu.
Beliau maklumkan demikian selepas bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh peguam syarie yang mewakili Rozana Misbun, Jamal Lokman Mohd. Sulaiman berhubung status sijil nikah pasangan itu ketika memberi keterangan di depan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain.
“Kami membuat dua semakan atas nombor MyKad Rozana sebelum mendapati nama wanita itu tiada dalam pangkalan data kami. Empat hari kemudian, kami menerima permohonan daripada Awie yang turut meminta semakan sama dengan memberi salinan sijil nikahnya”
“Hasil semakan itu mendapati nombor siri pada sijil nikah Awie dan Rozana tertera nama orang lain dalam pangkalan data e-Munakahat JHEAIPP,” ujarnya.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman & Rozana Misbun dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak hasil perkahwinan itu.(rtky/m)

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "9 Tahun Awie Guna Sijil Nikah Palsu"

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top