Seremban: Tiga sekeluarga yang nyenyak tidur di rumah mereka di Taman Limau Emas, di sini, dikejutkan dengan bunyi tembakan yang dilepaskan ke arah kediaman itu, awal pagi semalam.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian jam 1 pagi, pasangan suami isteri berusia 61 dan 51 tahun serta anak mereka 32 tahun didatangi dua lelaki yang menunggang motosikal dan berhenti di hadapan rumah itu sebelum melepaskan tembakan dipercayai senapang patah.
Katanya, tembakan itu mengenai dinding berhampiran pintu masuk rumah menyebabkan mereka terjaga daripada tidur.
“Mangsa menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu. Sepasukan anggota polis ke lokasi untuk menjalankan siasatan dan berdasarkan keterangan jiran, dimaklumkan mereka melihat dua lelaki memakai topi keledar penuh melepaskan tembakan ke rumah mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 6:35 AM
0 Komentar untuk "Desingan peluru iringi tidur"