Powered by Blogger.

Blog Archive

Ratu Cantik Honduras yang hilang dijumpai mati


SANTA BARBARA: Ratu Cantik Honduras, Maria Jose Alvarado, 19, ditembak mati ketika cuba melepaskan diri daripada teman lelaki kakaknya.
Kedua beradik itu dijumpai polis mati di sebelah sebatang sungai di sini, semalam.
Maria yang sepatutnya terbang ke London untuk bertanding dalam pertandingan 'Ratu Cantik Dunia' hilang bersama kakaknya, Sofia Trinidad Alvarado enam hari lalu selepas menghadiri majlis keramaian.
Akhbar 'La Prensa' melaporkan, polis sedang menyiasat sama ada teman lelaki Sofia, Plutarco Ruiz, menembaknya di kepala selepas dia cemburu ketika melihat Sofia menari dengan seorang lelaki lain.

Dia kemudian dilaporkan menembak pula ratu cantik berkenaan dua kali dari belakang ketika mangsa cuba melepaskan diri.
Ketua Detektif, Leandro Osorio berkata mayat Maria dan kakaknya yang berusia 23 tahun dijumpai ditanam di tepi Sungai Aguagual di pekan Arada, di barat daya Honduras.
Polis menahan Ruiz dan rakannya kelmarin dan merampas pistol Colt-45 serta dua kenderaan. - AFP

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Ratu Cantik Honduras yang hilang dijumpai mati"

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top