Kuala Lumpur: Pelawak, pengacara dan pelakon terkenal, Zizan Razak bersedia untuk menghadapi perbicaraan membabitkan dirinya yang disaman oleh bekas pengurus peribadi, Marina Juki berikutan isu perlanggaran kontrak syarikat mereka Wire Fame Entertainment Sdn Bhd.
Menurut Zizan dia cuba menyelesaikan dengan cara baik melalui proses mediasi bagaimanapun ia gagal mencapai sebarang persetujuan.
Oleh itu, perbicaraan penuh ditetapkan pada November ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada 30 September tahun lalu, Marina, 30, sebagai plaintif memfailkan saman terhadap Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak, 30, berhubung perlanggaran kontrak.
Plaintif mendakwa pada 3 Mei 2011, dia bersama Zizan dan syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd menandatangani perjanjian dengan melantik Marina sebagai pengurus peribadi.
Melalui perjanjian itu plaintif mendakwa dia berhak ke atas 15 peratus daripada jumlah pendapatan Zizan selama empat tahun iaitu sehingga 2 Mei 2015.
Bagaimanapun plaintif mendakwa pada Mei 2014, pihak Astro mengesahkan Zizan di bawah pengurusan mereka dan kontrak bernilai RM2 juta tanpa persetujuan syarikat dan pengurus peribadinya.
Selasa, 6 January 2015 @ 5:41 PM
0 Komentar untuk "Zizan sedia hadapi perbicaraan"