DITANGKAP basah sehingga terpaksa bergelar suri kepada Badrul Datuk Hamidi, tanpa kehendaknya, Sabrina diduga dengan pelbagai perit termasuk disakiti suami sendiri.
Hidup umpama burung dalam sangkar emas, kesedihannya tidak berpenghujung. Namun dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina.
Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan apatah lagi melihat kebahagiaan Dayana dan Badrul membawa rajuk berpanjangan di hati Sabrina.
Itulah antara penceritaan ringkas untuk drama adaptasi, Pergilah Air Mata, arahan Johari Yusof atau lebih mesra disapa Jo Yusof (JY) ini.
Bakal menemui penonton di TV1, drama 26 episod ini membariskan teraju hebat seperti Nelydia Senrose, Kamal Adli, Izreen Azminda dan Amar Asyraf.
Menurut JY yang sudah tidak asing lagi dalam penghasilan drama-drama adaptasi, walaupun jalan ceritanya dilihat agak 'klise', namun ianya tetap ada tarikan yang tersendiri.
"Sebelum ini, saya telah menghasilkan beberapa drama adaptasi dan yang terbaharu antaranya Dan Hati Pun Berbicara serta Syurga Diwajahmu.
"Apabila saya meneliti tajuk dan jalan cerita, ianya sangat menarik untuk divisualkan. Malah, kekuatan drama ini adalah dari segi watak Sabrina itu sendiri.
"Walaupun drama adaptasi sudah begitu biasa di kalangan masyarakat kita, namun penghayatan watak, konflik, jalan cerita dan kekuatannya adalah berbeza," katanya yang mengakui tidak terlalu mengubah karya asal.
Hormati karya asal
Jelas JY, sebagai pengkarya, dia amat menitik beratkan hasil kerja penulis asal di mana hanya peratusan kecil sahaja yang melalui proses suntingan dan penambahan.
"Hanya 10 hingga 15 peratus sahaja yang diubah merangkumi lokasi. Kami terpaksa ubah mengikut kos produksi dan kesesuaian. Namun, ianya tidak mengganggu jalan cerita asal.
"Selain menghormati penulis asal, saya juga memikirkan beberapa faktor lain termasuk penerimaan pembaca dan peminat novel ini. Sukar untuk membayangkan apa yang mereka mahukan, namun saya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.
"Novel ini sememangnya karya yang bagus dan memiliki kelompok pembaca yang ramai. Jadi, saya akan memastikan drama yang divisualkan tidak mengecewakan mereka," katanya lagi.
Memilih lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Kuantan, JY memberitahu bahawa drama ini mengambil masa hampir tiga bulan di lokasi penggambaran.
Katanya, walaupun bekerjasama dengan nama-nama besar industri, namun mereka memberikan komitmen yang terbaik ketika di lokasi.
"Dari segi komitmen barisan pelakon, saya tiada masalah. Mereka sangat profesional dan mampu memberikan yang terbaik untuk menjayakan drama ini.
"Namun, tekanan dan cabaran lebih kepada kekangan jadual mereka di mana setiap pelakon memiliki jadual sendiri. Jadi, kita kena ikut jadual mereka.
"Pun begitu sehingga kini, ianya berjalan dengan lancar walaupun terpaksa kejar masa. Alhamdulillah," katanya lagi.
Nelydia-Kamal saling memuji
Bagi pelakon cantik, Nelydia Senrose, ini bukanlah gandingan pertama bersama pelakon, Kamal Adli, kerana sebelum ini mereka pernah bekerjasama menerusi filem, Cinderella.
Menurut Nelydia, untuk mendapatkan keserasian bersama Kamal bukanlah sesuatu yang sukar, malah sikap Kamal yang sentiasa berjenaka membuatkan set sangat menghiburkan.
"Saya amat mengagumi Kamal kerana dia adalah seorang pelakon yang sangat berbakat. Dalam banyak-banyak pelakon yang saya bekerja bersama, dialah yang paling hebat dari segi menghafal skrip.
"Tambahan pula, dia seorang yang kelakar, suka berjenaka dan 'happy go lucky'. Jadi, untuk dapatkan keserasian itu cukup mudah," katanya yang memegang watak Sabrina.
Dalam pada itu, Kamal Adli turut memuji Nellydia dan menyifatkan aktres itu sangat berbakat dan mudah mencipta keserasian bersama.
"Untuk kerjasama dengan Nelydia pula, tiada masalah kerana dia sangat profesional dan mampu menghayati watak dengan baik," katanya yang bakal muncul dengan empat telemovie lain lagi selepas ini.

0 Komentar untuk "Gandingan mantap Nelydia Senrose, Kamal Adli"