NAMPAKNYA awal tahun ini, negara dipenuhi cerita-cerita kurang enak mengenai gadis bertudung.
Melalui sebuah gambar yang baru sahaja kami terima, ia menunjukkan aksi pengirim yang ingin menangkap gambar selfie dirinya.
Namun, tatkala melihat gambar yang diambil melalui telefon pintarnya, dia terkejut melihat terselit aksi sepasang kekasih Melayu sedang syok bercumbuan.
Gadis yang elok bertudung tersebut nampaknya tidak pula berasa segan silu memeluk dan mencium pasangannya secara terang-terangan.
Haih, isu gadis Melayu bertudung yang merelakan diri dipeluk mat K-Pop masih belum reda kini timbul pula aksi gadis bertudung bercium di khalayak ramai!
Jika di tempat terbuka tak ada rasa malu buat hal macam ini, apa lagi kalau tempat yang tertutup?
Malang sekali bila tudung yang sepatutnya menjadi lambang maruah seorang perempuan Islam tidak pula digambarkan sebegitu rupa oleh pemakainya.
0 Komentar untuk "Lagi Isu Gadis Bertudung.. Kali Ni Bercumbu Di Khalayak Pulak!"