Powered by Blogger.

Blog Archive

GAMBAR: Syamsul & Puteri Sarah Berbulan Madu Di Australia



AMBOI, seronoknya melihat aksi-aksi romantis pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang sedang bercuti di bumi Australia.
Sampaikan terlentok-lentok Puteri Sarah jadinya di bahu suami tercinta, hihi…

Alhamdulillah, kebahagiaan sebeginilah yang  diharap-harapkan oleh semua peminat mereka.
Lagi pula cuma beberapa hari sahaja lagi, pasangan ini bakal menyambut ulangtahun pertama perkahwinan mereka.

Agaknya, ini mungkin percutian honeymoon bagi menyambut pre-anniversary kot.
Kalau betul, baguslah kerana saat-saat melancong sebeginilah dapat merapatkan hubungan suami isteri.

Yang syoknya, mereka sempat selfie bersama-sama Encik Kangaroo lagi… ermm jeles tau!
Apa pun, semoga Syamsul dan Puteri Sarah dikurniakan kebahagiaan berpanjangan hingga ke hujung nyawa.. aminn.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "GAMBAR: Syamsul & Puteri Sarah Berbulan Madu Di Australia"

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top