Powered by Blogger.

Blog Archive

HANCUR LULUH HATI ISTERI, SUAMINYA DITANGKAP KHALWAT DENGAN JANDA CUN MELECUN




KUALA LUMPUR - Perbuatan seorang lelaki dan seorang janda dengan membawa kanak-kanak berusia dua tahun bagi mengaburi penduduk terbongkar apabila mereka diserbu oleh ahli jawatan ku#asa Masjid al-Khairiyah Taman Sri Gombak dengan bantuan anggota polis di sebuah kondominium Taman Sri Gombak, petang kelmarin.

Dalam serbuan pada jam 6.30 petang itu, lelaki berusia 40-an ditemui berseluar pendek dan pasangannya menyorok sambil memeluk anaknya di bahagian dapur.

Wanita berusia 25 tahun itu dipercayai ke#rap mengunjungi kondominium yang disewa lelaki itu semenjak beberapa bulan lalu.

Hasil pemeriksaan menemui beberapa kondom milik lelaki itu yang juga merupakan pengurus sebuah syarikat penerbangan.

RESPON ISTERI LELAKI TERBABIT

Hatinya hancur luluh apabila mengetah#ui suaminya ditangkap khalwat bersama dengan janda yang juga jiran ibunya.

Wanita malang yang berusia 40 tahun itu berkata, hatinya hancur apabila mengetahui suaminya tergamak melakukan perbuatan keji itu dengan seorang janda yang juga jiran kepada ibunya.


Ibu kepada janda itu berkawan baik de#ngan ibu saya, malah mereka saling mengenali antara satu sama lain.

"Tidak sangka selama ini mereka menjalinkan hubungan malah sehingga ke bilik tidur," katanya.

Difahamkan pasangan itu dalam proses perc#eraian gara-gara hubungannya dengan si suami semakin retak semenjak setahun lalu akibat kehadiran orang ketiga.

"Sekiranya saya bertanya mengenai hubungannya dengan wanita lain, dia akan marah malah membelasah saya dengan teruk.

"Bulan lepas, saya turut dihentak deng#an telefon bimbit kerana cuba membaca mesej pesanan ringkas dalam telefonnya.

"Bila didesak, suami tidak mengaku curang sehinggalah saya diberitahu dia ditangkap khalwat," katanya.

Bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak itu r#edha dengan apa yang berlaku.

"Saya hanya berserah kepada takdir, kalau perpisahan menjadi penyelesaian, saya redha demi kebaikan saya dan anak," keluhnya.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "HANCUR LULUH HATI ISTERI, SUAMINYA DITANGKAP KHALWAT DENGAN JANDA CUN MELECUN"

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top