Powered by Blogger.

Blog Archive

Rita Rudaini Cetus Sensasi Siapa Hantar Mesej Rindu Tu







Aktres cantik yang juga ibu kepada dua cahaya mata lelaki, Rita Rudaini memang sentiasa dihimpit isu sensasi semenjak dahulu, dari perkahwinan di negara jiran bersama Aidil Zafuan, isu bersama keluarga mertua sehinggalah bercerai.

Terbaru, menerusi laman Instagram peribadinya, Rita bermain teka-teki pula dengan peminat dan pengikutnya apabila memuat naik sekeping foto yang penuh misteri lagi tanda tanya.


???????!!!!!!!nite

A photo posted by rita rudaini (@ritrud727) on Feb 14, 2015 at 9:14am PST

Biasalah, andai satu persoalan itu ditinggalkan tanpa jawapan, maka netizen pun mulalah membuat andaian nakal tentang individu yang menghantar pesanan rindu tersebut kepada Rita.

Semestinya, nama bekas suaminya, Aidil dikaitkan sebagai watak misteri itu, namun kebenarannya hanya Rita sahaja yang tahu.


Speedy recovery twins brother

A photo posted by zaquan adha (@zaqone_08) on Feb 10, 2015 at 10:09pm PST

Menyingkap pula laman Instagram milik kembar kepada Aidil iaitu Zaquan Adha, bekas suami kepada Rita dikhabarkan dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu. Namun, Zaquan tidak menyatakan punca abangnya ditahan di wad tersebut.

Ya, atmosfera minda pengikut dan peminat Rita kini sememangnya mencaturkan pelbagai kesimpulan tersendiri terhadap perbualan Rita bersama individu tersebut dan motif Rita mengongsikannya di Instagram.

Namun ada baiknya tidak membuat sebarang spekulasi lanjut terutamanya melibatkan Aidil kerana pemain bola sepak itu sudahpun mendirikan rumahtangga dan baru sahaja mendapat cahaya mata.

Senang cakap, hormatilah perasaan isterinya, Zarema Zainal. MYNEWSHUB.CC

Rita Rudaini Hanya Tuntut Hak, Bukan Menganggu
Sumber: mynewshub
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Rita Rudaini Cetus Sensasi Siapa Hantar Mesej Rindu Tu"

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top