Powered by Blogger.

Blog Archive

Kutipan Hampir RM3 Juta, Suamiku Encik Perfect 10 Lanjutkan Tayangan




Dengan kesuraman industri perfileman sepanjang tahun lalu, nampaknya tahun 2015 seakan bakal menjadi tahun baik untuk kutipan filem tempatan selepas beberapa buah filem yang ditayangkan awal tahun ini berjaya mencecah kutipan jutaan ringgit.

Salah satunya adalah filem Suamiku Encik Perfect 10 (SEP 10) yang khabarnya kini telah berjaya mengutip hampir RM3 juta sepanjang tempoh tayangan di pawagam yang pada dasarnya satu kutipan yang memberangsangkan.

BACA: Lisa Surihani Dalami Watak Ibu Mengandung Dalam Filem Terbaru

Ekoran itu, pawagam seluruh Malaysia kini melanjutkan tayangan filem Suamiku, Encik Perfect 10 untuk para peminat yang masih belum berkesempatan untuk menontonnya di layar lebar.

Dengan gandingan pelakon hebat dab romantis Aaron Aziz dan Lisa Surihani, sebenarnya tidak menghairankan kenapa peminat masig berpusu ke pawagam untuk menonton filem ini selain ianya mendapat pujian hebat para penonton di laman sosial.



Dalam pada itu, lagu tema bagi filem ini berjudul Seluruh Cinta yang didendangkan oleh penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza bersama penyanyi dari seberang iaitu Cakra Khan sudah menjadi siulan para peminat dan menguasai carta lagu popular.

Kepada anda yang belum berkesempatan untuk ke pawagam, masih ada masa untuk menonton aksi romantis Aaron Aziz dan Lisa Surihani dalam filem Suamiku, Encik Perfect 10 di mana mana pawagam seluruh negara.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kutipan Hampir RM3 Juta, Suamiku Encik Perfect 10 Lanjutkan Tayangan"

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top