Powered by Blogger.

Blog Archive

"Mak, mata kami tak nampak, tak nampak..." itu kata-kata terakhir Fatini

Kuala Lumpur: "Mak, mata kami tak nampak, tak nampak..." itu kata-kata terakhir Ainul Fatini Zamri, 13, yang menghidap barah tulang belakang kepada ibunya Siti Zainab Othman, 39, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, semalam.


Ainul Fatini meninggal dunia dalam keadaan tenang di pangkuan ibunya kira-kira jam 6 pagi selepas sembilan bulan menderita barah tulang belakang tahap empat.

Menurut Siti Zainab, anak keempat daripada lapan beradik itu meninggal dunia sambil memegang tangannya dan jenazahnya dikebumikan di sebelah pusara datuknya di Kampung Lanai, Parit Panjang, Baling, Kedah.

"Selama ini saya berdoa jika Allah hendak ambil nyawa dia, ambillah daripada dia tanggung sakit...saya tidak sanggup.

"Saya reda penderitaan dia kini sudah berakhir dan tidak perlu bergantung pada morfin lagi," katanya sebak.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk ""Mak, mata kami tak nampak, tak nampak..." itu kata-kata terakhir Fatini"

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top